Sama ada di rumah, di pejabat atau memberi nama samaran lucu untuk pesanan kopi anda, melindungi keselamatan dalam talian menjadi keutamaan untuk Mozilla. Peranti Android sememangnya dilengkapi dengan ciri keselamatan siap terbina sebagai mana produk teknologi terkini yang lain. Namun, dengan VPN untuk Android daripada Mozilla, tahap keselamatan dipertingkatkan kini di hujung jari.
Dengan menggunakan protokol VPN WireGuard yang pantas dan selamat, VPN kami mampu menginkripsi trafik internet di antara peranti anda dengan jaringan pelayan VPN. Ini membantu kami mengekalkan perlindungan trafik web anda walaupun anda sedang bergerak. Umpama penutup cawan yang menghalang teh madu anda daripada dihinggapi sang lalat penyibuk.
Bagaimana VPN melindungi peranti Android saya?
VPN mampu mengelakkan:
- Aktiviti internet anda daripada dilihat, kemudian dijual atau dikongsi dengan pengiklan.
- Kualiti strim yang rendah akibat jalur lebar yang perlahan dan terbatas daripada pembekal internet anda (ISP)
- Data peribadi daripada dicuri akibat penggunaan jaringan Wifi awam.
Kenapa saya harus memuat turun Mozilla VPN untuk Android?
- Layari internet tanpa perlu menyebarkan lokasi anda.
- Layari internet dengan lebih selesa menggunakan Wifi awam seperti di kafe, lapangan terbang dan lain-lain.
- Mengelakkan daripada iklan berasaskan lokasi yang mengganggu.
Aplikasi mudah alih Mozilla VPN adalah kecil, maka ia tidak menggunakan memori yang banyak dan tidak melembapkan telefon atau memakan kuasa bateri.
Tidak seperti VPN percuma atau laman proksi, yang merisik lalu menjual maklumat anda demi menanggung kos pelayan mereka, Mozilla tidak sama sekali menyimpan rekod lokasi serta aktiviti anda.