VPN (jaringan peribadi maya) adalah wajib bagi privasi serta keselamatan dalam talian sewaktu anda menggunakan Mac anda. Penggodam dan pembekal internet mampu merisik aktiviti dalam talian, atau mencuri data peribadi anda.
Namun, mencari VPN yang sesuai bukannya mudah. Ada yang perlahan, tidak boleh diharap dan tetap merekodkan aktiviti dalam talian anda. Sebab itulah kami membangunkan Mozilla VPN, VPN yang pantas, selamat dan dipercayai daripada pembangun yang sama untuk Firefox.
Dengan Mozilla VPN, anda boleh:
- Menikmati privasi hanya dengan satu klik dengan antara muka yang mesra pengguna.
- Sambungkan sehingga 5 peranti berbeza dengan satu langganan termasuklah Mac, iOS, Windows, Linux dan Android.
- Gunakan VPN anda sebanyak yang anda mahu. Tidak seperti sesetengah VPN yang hanya melindungi jumlah data yang tertentu setiap bulan, kami tidak menghadkan trafik kami. Tidak kira banyak mana data yang anda gunakan, ia sentiasa dilindungi.
- Dapatkan inkripsi trafik pada tahap peranti. Tidak seperti perisian lain yang hanya menginkripsi trafik pelayar anda, Mozilla VPN menyulitkan semua, termasuklah melindungi trafik internet tidak kira aplikasi apa yang terlibat.
- Elakkan pembekal internet yang mengawal atau menghalang laman web atau perkhidmatan tertentu yang tidak sehaluan atau yang bersaing dengan mereka. Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca tentang Net Neutrality.
Mengapa Mozilla VPN?
Mozilla adalah organisasi yang bertugas untuk mengekalkan kebebasan dan keterbukaan internet untuk semua orang dan kami disokong oleh syarikat bukan berasaskan keuntungan. Apabila anda menggunakan Mozilla VPN, anda bukan sahaja melindungi diri sendiri, bahkan menyokong misi Mozilla. Mozilla VPN adalah selamat, bersumber terbuka dan dibangunkan oleh pakar keselamatan dan pencipta Firefox.
Mozilla tidak mengelog laman web yang anda layari atau memeriksa komunikasi anda. Kami juga ada jaminan wang dikembalikan dalam masa 30 hari: tanpa masalah, tanpa risiko.