Linux adalah sistem operasi berasaskan sumber terbuka, percuma dan boleh disesuaikan, namun ia tidak lali daripada isu keselamatan dan privasi dalam talian. Seperti mana pengguna sistem operasi yang lain, pengguna Linux juga menghadapi isu tapisan, pengawasan dan penggodaman.
Apakah Mozilla VPN?
Mozilla VPN adalah perkhidmatan jaringan peribadi maya yang menggunakan inkripsi sumber terbuka yang terkini dan tidak mengelog, menjejak atau berkongsi sebarang aktiviti jaringan anda. Ia membolehkan anda bersambung dengan lebih 500 pelayan di lebih 30 buah negara.
Kenapa perlu memilih Mozilla VPN untuk Linux?
- Pantas dan boleh dipercayai: Mozilla VPN menggunakan protokol WireGuard®, yang menawarkan prestasi dan kestabilan yang lebih baik berbanding protokol VPN yang lain.
- Tidak mengelog: Mozilla VPN tidak menyimpan log aktiviti anda; kami tidak merakam laman web yang anda layari atau menyiasat aliran trafik anda.
- Ciri keselamatan tambahan: Kami menggunakan penghalang DNS untuk menghalang iklan, penjejak dan malware. Sedangkan pelayar internet hanya mampu menghalang laman web daripada menjejak dan menjangkiti anda dengan malware.
- Inkripsi di tahap peranti: Tidak seperti VPN lain yang hanya menginkripsi trafik pelayar, Mozilla VPN menginkripsi kesemua trafik peranti anda termasuk aplikasi dan permainan video yang anda gunakan.
- Penghalaan multi-lompat: Untuk keselamatan tambahan, Mozilla VPN boleh menginkripsi trafik anda dan menghalakannya ke dua lokasi berbanding hanya satu, menjadikan ia lebih sukar untuk sesiapa menjejaki aktiviti dalam talian anda.
- Antara muka yang ringkas dan intuitif: Sambungan ke pelayan hanya dengan satu klik. Anda juga boleh menyesuaikan tetapan dan pilihan anda mengikut kehendak sendiri.
- Mengambalikan keseimbangan neutral: Mozilla VPN membantu anda memiliki hak kawalan aktiviti dalam talian anda dengan menghalang pembekal internet daripada mengawal jalur lebar, atau daripada menghalang laman web atau perkhidmatan yang mereka tidak gemari atau yang bersaing dengan kandungan mereka sendiri.
- Klien GUI: Mozilla VPN mempunyai klien GUI (antara muka grafik), di mana sesetengah pembekal VPN lain hanya membekalkan versi CLI (antara muka baris arahan).
Dengan menggunakan Mozilla VPN, anda boleh mengambil alih kawalan aktiviti dalam talian dan melindungi privasi serta data anda. Muat turun Mozilla VPN hari ini dan nikmati jaminan wang dikembalikan dalam masa 30 hari tanpa log, tiada kelecehan dan tanpa risiko.
Bagaimana memasang Mozilla VPN pada Linux
Jika anda menggunakan salah satu sokongan Ubuntu (versi terkini), ada dua cara untuk memasang pakej rasmi mozillavpn yang dihoskan di launchpad:
- Mod baris arahan Ubuntu: Untuk panduan lengkap pemasangan Mozilla VPN menggunakan mod baris arahan, lihat Bagaimana memasang Mozilla VPN pada komputer Linux.
- Antara muka grafik Ubuntu: Layari artikel ini dan ikuti arahan di seksyen Menambah pakej peribadi.
Selain itu, bagi Linux yang tidak disokong, anda boleh menghimpunkan kod sumber daripada pusat simpanan GitHub yang rasmi.