Perkara Anda Perlu Tahu
Maklumat akaun Mozilla. Perkhidmatan ini memerlukan akaun Mozilla yang menghantar alamat e-mel, lokasi dan alamat IP anda ke Mozilla. Ketahui lebih lanjut tentang amalan data Akaun Mozilla.
Maklumat pembayaran. Apabila anda melanggan perkhidmatan yang memerlukan langganan berbayar, anda akan menghantar bayaran melalui salah satu daripada penyedia pembayaran pihak ketiga kami: Stripe, Apple, PayPal atau Google Pay. Mozilla menerima rekod akaun anda (termasuk alamat bil dan empat digit terakhir kaedah pembayaran anda) dan status langganan akaun anda. Mozilla tidak menyimpan butiran lengkap pembayaran anda.
Maklumat Lain yang Anda Perlu Tahu
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pengurusan data anda dan cara untuk mendayakan dan menyahdayakan sync. Dan juga kebanyakan maklumat yang kami simpan tentang pengguna akaun Mozilla kami mudah diakses dengan mendaftar masuk ke akaun anda, di mana anda juga boleh mengemaskini tetapan perkongsian data anda. Untuk membuat permintaan tentang data peribadi anda, sila hubungi kami melalui Portal Permintaan Akses Subjek Datakami.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lain tentang amalan data peribadi atau privasi kami, sila hubungi kami di compliance@mozilla.com.
Kami memberi maklum balas kepada semua permohonan yang kami terima daripada individu yang ingin melaksanakan hak perlindungan data mereka tanpa mengira tempat tinggal mereka. Kami akan menghormati permohonan anda melainkan keperluan undang-undang menghalang kami daripada berbuat demikian atau pengecualian undang-undang dikenakan.
Sila kunjungi forum kami untuk bantuan sokongan umum.