Pilih warna dalam Firefox menggunakan alat eyedropper
Ada banyak sebab kenapa anda mahu ketahui kod warna hex dengan tepat di dalam sesuatu laman web — mungkin anda seorang pembangun laman web atau pereka grafik. Alat eyedropper pada versi desktop Firefox, membolehkan anda mencari kod warna hex dengan tepat hanya dengan melegar mana-mana warna yang anda lihat pada laman web. Salin kod pada clipboard anda dengan satu klik.
![Tangkap layar alat eyedropper di Firefox memaparkan nilai warna hexadecimal piksel tunggal pada satu laman web.](https://www.mozilla.org/media/img/firefox/features/eyedropper.d4bfa53fc685.png)
Anda boleh menemui alat eyedropper ini di bawah "Browser Tool" di menu Tools atau di bawah "More Tools" dalam menu toolbar Firefox (di penghujung toolbar Firefox).