Adendum Manifesto Mozilla
Ikrar untuk Internet yang Sihat
Internet yang terbuka dan global adalah sumber komunikasi dan kolaborasi paling terhebat yang pernah kita lihat. Ini merangkumi beberapa harapan jati diri kita untuk kemajuan manusia. Ia membolehkan peluang belajar yang baru, membina rasa kemanusiaan yang dikongsi bersama, dan menyelesaikan masalah paling mendesak yang sedang dihadapi oleh manusia keseluruhannya.
Dalam sedekad yang lampau, kami telah menyaksikan janji ini dipenuhi dalam banyak cara. Kami juga telah menyaksikan kuasa internet digunakan untuk melebarkan jurang, menghasut keganasan, menggalakkan kebencian dan memanipulasikan fakta dan realiti. Kami telah ketahui bahawa kita perlu meletakkan aspirasi yang lebih jelas dan terperinci untuk pengalaman manusia di internet. Inilah yang kami lakukan sekarang.
- Kami komited kepada internet yang merangkumi sekalian manusia di dunia — di mana bukan ciri-ciri demografi yang menentukan aksesnya peluang, atau kualiti pengalamannya.
- Kami komited kepada internet yang menggalakkan wacana bertamadun, martabat manusia dan ekspresi individu.
- Kami komited kepada internet yang meningkatkan pemikiran kritikal, hujah munasabah, perkongsian ilmu, dan fakta yang sah.
- Kami komited kepada internet yang menjadi pemangkin kepada kerjasama di antara komuniti yang berbeza bermatlamatkan kebaikan bersama.
10 Prinsip Kami
-
Prinsip 1
Internet adalah sumber yang penting dalam kehidupan moden—komponen yang penting dalam pendidikan, komunikasi, kolaborasi, perniagaan, hiburan dan masyarakat secara keseluruhan.
-
Prinsip 2
Internet merupakan suatu sumber awam global di mana keterbukaan dan aksesnya perlu dikekalkan.
-
Prinsip 3
Internet perlu menjadi pemacu dalam memperkaya kehidupan manusia sejagat.
-
Prinsip 4
Keselamatan dan privasi individu di internet adalah keperluan asas dan bukannya dianggap sebagai pilihan.
-
Prinsip 5
Individu perlu mempunyai keupayaan untuk membentuk internet serta pengalaman mereka sendiri di dalamnya.
-
Prinsip 6
Keberkesanan internet sebagai sumber awam bergantung kepada kebolehannya beroperasi (protokol, format data, kandungan), inovasi serta penyertaan tidak berpusat di seluruh dunia.
-
Prinsip 7
Perisian percuma dan sumber terbuka menggalakkan perkembangan internet sebagai sumber awam.
-
Prinsip 8
Proses telus yang berasaskan komuniti menggalakkan penyertaan, rasa tanggungjawab dan kepercayaan.
-
Prinsip 9
Penglibatan secara komersial dalam pembangunan internet membawa banyak faedah; keseimbangan keuntungan komersial dan manfaat awam amat kritikal.
-
Prinsip 10
Memberi fokus terhadap aspek manfaat awam di internet adalah matlamat yang penting dan ia memerlukan masa, perhatian dan komitmen.