Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Garis Panduan Penyertaan Komuniti Mozilla

Versi 3.1 – Dikemas kini 16 Januari 2020

Nadi utama Mozilla adalah manusia. Kami mengutamakan manusia dan melakukan yang terbaik untuk mengenali, menghargai dan menghormati kepelbagaian penyumbang global kami. Projek Mozilla mengalu-alukan sumbangan daripada semua orang yang berkongsi matlamat kami dan ingin menyumbang secara sihat dan membina di dalam komuniti ini. Oleh yang demikian, kami menggunakan tatacara ini dan menghendaki semua pihak yang terlibat untuk bersetuju dan mematuhi Garis Panduan Penyertaan Komuniti ini untuk membantu kami mewujudkan pengalaman komuniti yang selamat dan positif untuk semua.

Garis panduan ini bertujuan untuk menyokong sebuah komuniti di mana semua ahlinya wajar merasa selamat untuk turut serta, memperkenalkan idea baru dan memberi inspirasi kepada yang lain, tanpa mengira:

  • Latar belakang
  • Status keluarga
  • Jantina
  • Identiti atau ekspresi jantina
  • Status perkahwinan
  • Seks
  • Orientasi seksual
  • Bahasa ibunda
  • Umur
  • Keupayaan
  • Bangsa dan/atau etnik
  • Kasta
  • Negara asal
  • Status sosioekonomi
  • Agama
  • Lokasi geografi
  • Apa-apa dimensi kepelbagaian yang lain

Bersikap terbuka, kerjasama dan penyertaan adalah aspek utama dalam kerja kami — sama ada pembangunan Firefox sehinggalah kepada kerjasama perancangan kurikulum. Kekuatan kami diperolehi daripada kepelbagaian dan mempelawa secara aktif daripada mereka yang mahu memajukannya. Garis panduan ini wujud bagi membolehkan pelbagai individu dan kumpulan berbeza untuk berinteraksi dan bekerjasama demi kepentingan bersama. Dokumen ini menggariskan tingkah laku yang dibenarkan dan dilarang.

Bila dan Bagaimana untuk Menggunakan Garis Panduan Ini

Garis panduan ini menggariskan tingkah laku yang kami harapkan sebagai anggota komuniti Mozilla dalam semua aktiviti Mozilla, baik di luar atau dalam talian. Penyertaan anda bergantung kepada mengikuti panduan ini dalam semua aktiviti Mozilla, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Bekerja di dalam ruang Mozilla.
  • Bekerjasama dengan lain-lain Mozillans dan peserta komuniti Mozilla secara maya atau dalam lokasi yang sama.
  • Mewakili Mozilla dalam acara awam.
  • Mewakili Mozilla di media sosial (akaun rasmi, akaun kakitangan, akaun peribadi, halaman Facebook).
  • Melibatkan diri dalam acara pertemuan dan latihan Mozilla.
  • Melibatkan diri dalam forum berkaitan Mozilla, senarai mel, wiki, laman web, ruang sembang, pepijat, mesyuarat berkumpul atau satu-demi-satu, dan surat-menyurat berkaitan Mozilla.

Garis Panduan ini berfungsi bersempena dengan Polisi Anti Gangguan/ Diskriminasi [1], yang menetapkan perlindungan untuk, dan kewajipan ke atas kakitangan Mozilla. Polisi Anti Gangguan/ Diskriminasi ini ditulis dengan mempertimbangkan definisi dan keperluan undang-undang yang khusus.

Walaupun garis panduan ini / kod tatacara ditujukan kepada skop kerja dan komuniti Mozilla, kami menyedari bahawa ia adalah mungkin untuk tindakan yang diambil di luar talian Mozilla atau secara bersemuka memberi kesan yang mendalam kepada kesihatan masyarakat. (Contohnya pada masa lalu, kami telah mengenal pasti secara terbuka satu pos tanpa nama yang ditujukan kepada kakitangan Mozilla yang bukan di dalam forum Mozilla sebagai alasan kukuh untuk penyingkiran daripada komuniti Mozilla.) Ini ialah topik aktif di dalam bidang kepelbagaian dan penyertaan. Kami menjangkakan perbincangan yang luas di antara komuniti kami mengenai sempadan yang sesuai.

Tingkah Laku yang Diharapkan

Tingkah laku berikut adalah diharapkan daripada semua Mozillians:

Bersikap Hormat

Hargai idea, gaya dan pandangan sesama sendiri. Kita tidak semestinya bersetuju, namun perselisihan bukanlah alasan untuk bersikap buruk. Bersikap terbuka terhadap kemungkinan yang berbeza dan membuat kesilapan. Bersikap hormat dalam semua interaksi dan komunikasi, terutamanya apabila berdebat tentang kelebihan pilihan masing-masing. Sedar tentang kesan yang anda tinggalkan dan bagaimana interaksi yang tegang mempengaruhi orang lain. Bersikap terus-terang, membina dan positif. Bertanggungjawab ke atas impak dan kesalahan sendiri – jika orang lain berkata bahawa mereka terancam dengan kata-kata dan tindakan anda, dengar dengan teliti, mohon maaf dengan ikhlas dan betulkan kesilapan di masa hadapan.

Berterus-terang namun Profesional

Kemungkinan kita akan berbincang tentang jika dan apabila kritikan bersifat terhormat atau sebaliknya. Kita mesti mampu berbicara secara terus-terang apabila kita tidak sependapat dan apabila kita fikir bahawa kita perlu memperbaiki diri. Kita tidak boleh menghalang fakta yang benar. Melaksanakan perkara yang terhormat adalah sukar, tambahan pula apabila pihak lain tidak sudi mendengar, dan menerima komen juga menambahkan kesukaran. Kita perlu jujur dan berterus-terang, selain hormat-menghormati.

Bersikap Inklusif

Cari perspektif yang pelbagai. Kepelbagaian pandangan dan sumber manusia di dalam kumpulan memperkasakan inovasi, walau pun tidak selalunya selesa. Galakkan pelbagai jenis suara. Bantulah untuk pandangan baru didengari dan dengarlah dengan teliti. Jika anda sedar anda mendominasi satu-satu perbincangan, penting untuk anda berundur dan galakkan suara lain untuk turut serta. Ketahui berapa banyak masa yang diambil oleh ahli kumpulan yang dominan. Berikan kaedah alternatif untuk menyumbang atau melibatkan diri apabila peluang terbuka.

Libatkan semua orang dalam satu-satu interaksi, hormati dan membantu penglibatan orang lain sekalipun mereka:

  • Jauh (dalam video atau telefon)
  • Bukan penutur bahasa ibunda
  • Berasal daripada budaya yang berbeza
  • Menggunakan kata ganti selain 'dia' (lelaki) atau 'dia' (wanita)
  • Tinggal di zon waktu yang berbeza
  • Berhadapan dengan cabaran lain untuk turut serta

Cuba fikirkan cara alternatif yang mungkin anda bantu untuk menyumbang atau melibatkan diri. Jika anda mendominasi sesuatu perbualan, berundur. Berikan laluan untuk suara lain dan dengarkan mereka sepenuh perhatian.

Fahami Pandangan Berbeza

Matlamat kita bukanlah untuk "menang" dalam setiap perselisihan atau perdebatan. Satu matlamat yang lebih produktif adalah bersikap terbuka dengan idea yang mampu menambah baik idea kita sendiri. Berusaha untuk menjadi contoh dalam pemikiran inklusif. "Menang" ialah apabila perspektif berbeza menjadikan karya kita lebih diperkaya dan kukuh.

Hargai dan Bantu Persamaan dan Perbezaan

Mozillians datang daripada pelbagai budaya dan latar belakang. Perbezaan budaya dapat merangkumi segalanya, dari perayaan agama rasmi hingga tabiat peribadi sehinggalah pakaian. Hormati mereka yang berbeza amalan budaya, sikap dan kepercayaan. Berusaha untuk menghapuskan tindakan bias, prejudis dan diskriminasi anda sendiri. Fikirkan keperluan orang lain daripada sudut perspektif mereka. Gunakan gelaran yang digemari (termasuk kata ganti) dan nada suara yang sesuai. Hormati hak privasi dan kerahsiaan orang lain. Bersikap terbuka untuk belajar daripada dan mendidik orang lain termasuklah diri sendiri; tidak munasabah untuk mengharapkan Mozillians untuk mengetahui amalan budaya setiap etnik dan budaya lain, namun setiap orang perlu menyedari budaya asal orang lain hanyalah sebahagian daripada interaksi positif.

Kepimpinan Melalui Teladan

Dengan memadankan tindakan dengan kata-kata anda, anda menjadi orang yang ingin diikuti oleh orang lain. Tindakan anda mempengaruhi orang lain untuk berkelakuan dan bertindak balas dengan cara yang bernilai dan sesuai untuk organisasi kami. Rancang komuniti dan kerja anda agar bersikap inklusif. Jadikan diri anda dan orang lain bertanggungjawab untuk tingkah laku inklusif. Buat keputusan berdasarkan kebaikan tertinggi untuk misi Mozilla.

Kelakuan Yang Tidak Akan Diterima

Tingkah laku berikut tidak dapat diterima di bawah garis panduan ini.

Keganasan dan Ancaman Keganasan

Keganasan dan ancaman keganasan tidak boleh diterima - di dalam atau luar talian. Ini termasuk menghasut keganasan terhadap mana-mana individu, termasuk mendorong seseorang untuk mencederakan diri sendiri. Ini juga termasuk menyiarkan atau mengancam untuk menyiarkan maklumat pengenalan diri orang lain (“doxxing”) secara dalam talian.

Serangan Peribadi

Konflik tidak dapat dielakkan, namun kekecewaan jangan ditukar menjadi serangan peribadi. Tidak wajar menghina, mengherdik atau merendahkan orang lain. Menyerang seseorang kerana pendapat, kepercayaan dan idea mereka tidak boleh diterima. Penting untuk kita berbicara dengan jelas dalam perselisihan dan apabila kita mahu memperbaiki diri, tetapi perbincangan sedemikian perlu dilaksanakan dengan penuh hormat dan profesional dan berikan fokus kepada isu utama.

Bahasa Yang Menghina

Bahasa yang menyentuh sensitiviti dan memudaratkan berkaitan dengan:

  • Latar belakang
  • Status keluarga
  • Jantina
  • Identiti atau ekspresi jantina
  • Status perkahwinan
  • Seks
  • Orientasi seksual
  • Bahasa ibunda
  • Umur
  • Keupayaan
  • Bangsa dan/atau etnik
  • Kasta
  • Negara asal
  • Status sosioekonomi
  • Agama
  • Lokasi geografi
  • Hubung kait lain

tidak boleh diterima. Ini termasuklah merujuk kepada seseorang dengan jantina yang tidak berkaitan dengannya, dan/atau mempersoalkan kesahihan identiti jantina seseorang itu. Jangan gunakan perkataan yang anda sendiri tidak pasti sama ada ia menghina atau tidak. Ini termasuklah diskriminasi halus atau secara tidak langsung yang berulang-ulang; hentikan kelakuan sedemikian jika diminta.

Perhatian Seksual yang Tidak Diundang atau Sentuhan Fizikal

Perhatian seksual atau sentuhan fizikal yang tidak diundang tidak diterima sama sekali. Ini termasuklah komen berbau seksual, jenaka atau gambaran berinteraksi, komunikasi atau perkongsian bahan, termasuk juga sentuhan, meraba, atau perlakuan seksual yang tidak bersesuaian. Tambahan pula, menyentuh seseorang tanpa kebenaran termasuk bahagian sensitif seperti rambut, perut hamil, peranti mobiliti (kerusi roda, skuter, dll) atau tatu tidak diterima sama sekali. Ini termasuk menyekat atau menakut-nakutkan orang lain secara fizikal. Sentuhan fizikal atau simulasi (seperti emoji "ciuman") tanpa persetujuan yang jelas tidak diterima sama sekali. Perkongsian atau penyebaran imej-imej atau teks seksual tidak diterima sama sekali.

Kelakuan Mengganggu

Gangguan berterusan sewaktu acara, forum atau mesyuarat termasuk perbualan dan pembentangan, tidak diterima sama sekali. Ini termasuklah:

  • 'Bercakap lantang' atau 'mengganggu' jurucakap.
  • Meminum alkohol atau menggunakan dadah rekreasi secara berlebihan, atau mendorong orang lain melakukannya.
  • Membuat komen menghina tentang mereka yang menjauhi alkohol atau bahan-bahan lain, mendorong orang untuk minum, bercakap tentang pantang atau pilihan mereka kepada orang lain, atau memaksa mereka minum - secara fizikal atau mengejek.
  • Atau pun mempengaruhi tindakan orang ramai yang menyebabkan kebencian dalam sesuatu sesi.

Mempengaruhi Kelakuan Yang Tidak Boleh Diterima

Kami melayan sikap mempengaruhi atau memimpin aktiviti sedemikian dengan cara yang sama kami melayan aktiviti tersebut, maka akibat yang sama akan dikenakan.

Akibat daripada Tingkah Laku yang Tidak Boleh Diterima

Kelakuan buruk daripada mana-mana Mozillians, termasuk golongan pembuat dasar, tidak akan diterima. Usaha yang disengajakan bagi mengecualikan sesetengah pihak (kecuali sebagai akibat daripada garis panduan atau lain-lain tindakan rasmi) daripada aktiviti Mozilla tidak akan diterima dan akan ditangani dengan cara yang sesuai.

Laporan gangguan/ diskriminasi akan disiasat dengan segera dan teliti oleh mereka yang bertanggungjawab menjaga keselamatan di dalam ruang, acara atau aktiviti. Langkah-langkah yang sesuai akan diambil untuk menyelesaikan keadaan itu.

Sesiapa yang diminta untuk menghentikan kelakuan yang tidak boleh diterima perlu patuh dengan segera. Perlanggaran garis panduan ini akan mengakibatkan mereka yang terlibat untuk keluar daripada acara atau ruang dalam talian, sama ada sementara atau sepanjang acara, atau dilarang daripada menyertai sebarang ruang, atau acara dan aktiviti akan datang secara berterusan.

Kakitangan Mozilla akan dipertanggungjawabkan, selain daripada garis panduan ini, terhadap Polisi Anti Gangguan/ Diskriminasi kakitangan Mozilla [1]. Kakitangan Mozilla yang melanggar garis panduan ini tertakluk kepada akibat lanjutan, seperti tindakan disiplin, sehingga ke tahap pemberhentian kerja. Bagi kontraktor atau vendor, pelanggaran garis panduan ini boleh mempengaruhi penyambungan atau pembaharuan kontrak.

Selain itu, mereka yang menyalah guna proses laporan ini akan dianggap melanggar garis panduan ini dan tertakluk kepada akibat yang sama. Laporan palsu, terutamanya sebagai pembalasan atau pengecualian, tidak akan diterima dan dipertimbangkan.

Laporan

Sekiranya anda percaya bahawa anda mengalami tingkah laku salah yang tidak akan ditoleransi seperti yang dinyatakan di atas, sila gunakan cpg-report@mozilla.com untuk melaporkannya. Laporan akan diselenggara oleh Pemimpin Maklum Balas Garis Panduan Penyertaan Komuniti.

Setelah menerima penjelasan yang jelas tentang situasi anda, mereka akan mengkaji dan menentukan langkah yang seterusnya. Selain melakukan penyiasatan, mereka mampu membekalkan pelbagai sumber, dari perunding persendirian sehinggalah sumber komuniti yang lain. Mereka akan melibatkan lain-lain kakitangan atau pakar luar (seperti penasihat undang-undang), seperti yang diperlukan untuk mengatasi setiap situasi.

Jika anda melihat satu situasi yang berpotensi mendatangkan bahaya, seseorang yang dalam kesusahan, atau perlanggaran garis panduan ini, sekalipun bukannya berlaku kepada anda, sila laporkan juga.

Jika anda rasa telah dituduh secara tidak adil kerana melanggar garis panduan ini, sila ikuti proses laporan yang sama.

Ruang Mozilla

Setiap ruang fizikal atau maya milik Mozilla mempunyai orang hubungan yang telah ditentukan.

Acara Mozilla

Semua acara Mozilla mempunyai garis panduan keselamatan yang khusus dengan nombor hubungan kecemasan dan anti-gangguan di acara tersebut serta dalam talian. Nombor hubungan ini akan diposkan dengan jelasnya sepanjang acara, secara bercetak atau bahan dalam talian. Pemimpin acara diminta untuk mengumumkan tentang garis panduan ini dalam acara dan meminta agar peserta untuk melihat dan bersetuju kepadanya sewaktu mereka mendaftar untuk acara tersebut.

Laporan akan menerima notis e-mel tentang penerimaannya. Setelah insiden disiasat dan keputusan telah disampaikan kepada pihak-pihak yang berkenaan, semua pihak memiliki kesempatan untuk membuat rayuan di atas keputusan ini dengan mengirim e-mel ke cpg-questions@mozilla.com.

Bertanya Soalan

Semua orang digalakkan untuk bertanyakan soalan berkaitan dengan garis panduan ini. Jika anda merancang sebuah acara atau aktiviti, dapatkan nasihat tentang tip untuk menjadikan acara, aktiviti atau ruang anda itu inklusif. Input anda amat dialu-alukan dan anda akan mendapat maklum balas dalam masa 24 jam (atau hari bekerja berikutnya, jika ia adalah hujung minggu) jika anda menghubungi cpg-questions@mozilla.com. Sila lihat log perubahan ini untuk kemas kini bagi dokumen ini.

Lesen dan Hubung kait

Set garis panduan ini diedarkan di bawah lesen Attribution-ShareAlike Creative Commons.

Garis panduan ini telah disesuaikan dengan perubahan daripada Garis Panduan Penyertaan Komuniti Mozilla yang asal, Kod Tatacara Ubuntu, Lihat Kod Tatacara Persidangan Mozilla, dan jugaKod Tatacara Bahasa Rust, yang berdasarkan kepada Kod Tatacara Warga Stumptown Syndicate. Teks tambahan daripada Kod Tatacara Teknologi bagi LGBTQ dan Kod tatacara WisCon. Kesemua dokumen serta proses-proses yang berkaitannya tidak dapat dijayakan tanpa penglibatan ramai Mozillians.

Pengubahsuaian kepada Garis Panduan

Mozilla boleh mengubah garis panduan ini dari masa ke masa dan mungkin menukar prosedur yang ditetapkan jika bersesuaian dalam kes tertentu. Persetujuan anda untuk mematuhi garis panduan ini juga dianggap sebagai persetujuan ke atas sebarang perubahan kepadanya. Polisi ini tidak membentuk sebarang bahagian kontrak pekerjaan kakitangan Mozilla atau sebaliknya membawa kesan kepada kontrak.

[1] Polisi anti-gangguan boleh diakses oleh kakitangan yang berbayar di sini.