Firefox Developer Edition
Selamat datang ke pelayar kegemaran baru anda. Dapatkan ciri terkini, prestasi pantas dan alatan pembangunan yang diperlukan untuk pembinaan bagi laman web terbuka.
FirefoxEdisi Pembangun — Melayu
Sistem anda mungkin tidak memenuhi syarat untuk Firefox, tetapi anda boleh cuba salah satu versi ini:
FirefoxEdisi Pembangun — Melayu
- FirefoxEdisi Pembangun
- FirefoxEdisi Pembangun
- FirefoxEdisi Pembangun
- FirefoxEdisi Pembangun
- FirefoxEdisi Pembangun
- FirefoxEdisi Pembangun
- Muat turun untuk Linux 64-bit
- Muat turun untuk Linux 32-bit
Menggunakan Debian, Ubuntu atau sebarang pengedaran berasaskan Debian?
Sebaliknya anda boleh menetapkan repositori APT kami.
Firefox Developer Edition akan menghantar maklum balas kepada Mozilla secara automatik. Ketahui lebih lanjut
Firefox Developer Edition
Pelayar yang dibuat untuk pembangun
Semua kelengkapan pembangun yang terkini dalam beta termasuklah ciri-ciri seperti Multi-line Console Editor dan WebSocket Inspector.
Profil dan laluan berasingan agar anda boleh menjalankannya bersama Release atau Beta Firefox dengan mudah.
Keutamaan disesuaikan untuk pembangun web: Pelayar dan nyahpepijat jauh didayakan secara lalai, begitu juga dengan tema gelap dan butang bar alatan pembangun.
CSS Tidak Aktif
Firefox DevTools kini mengaburkan deklarasi CSS yang tidak memberi kesan pada halaman. Apabila anda meletakkan tetikus di atas ikon maklumat, anda akan melihat mesej berguna tentang sebab CSS tidak digunakan, termasuk petunjuk tentang cara menyelesaikan masalah.
Ketahui lebih lanjut
Firefox DevTools
Firefox DevTools baru ini kuat, fleksibel dan yang paling bagusnya, boleh digodam. Ia merangkumi penyahpepijat JavaScript yang terbaik dalam kelasnya, yang boleh menyasarkan berbilang pelayar dan dibina dalam React dan Redux.
Ketahui lebih lanjut
Kuasai CSS Grid
Firefox merupakan satu-satunya pelayar dengan alatan yang dibina khusus untuk membina dan mereka bentuk menggunakan CSS Grid. Alatan ini membolehkan anda menggambarkan grid, memaparkan nama kawasan yang berkaitan, pratonton transformasi pada grid dan banyak lagi.
Ketahui lebih lanjut
Panel Fon
Panel fon yang baru dalam Firefox DevTools memberikan pembangun akses pantas kepada semua maklumat yang diperlukan tentang fon yang digunakan dalam sesuatu elemen. Ia juga merangkumi maklumat berharga seperti sumber fon, ketebalan, gaya dan banyak lagi.
Ketahui lebih lanjut
Reka bentuk. Kod. Uji. Halusi.
Bina dan Sempurnakan laman web anda
dengan Firefox DevTools
Pemeriksa
Periksa dan halusi kod untuk membina reka letak berpiksel sempurna.
Konsol
Jejaki masalah CSS, JavaScript, keselamatan dan rangkaian.
Penyahpepijat
Penyahpepijat JavaScript yang berkuasa dengan sokongan untuk rangka kerja anda.
Rangkaian
Pantau permintaan rangkaian yang boleh melambatkan atau menyekat laman web anda.
Panel storan
Tambah, ubah dan buang cache, kuki, pangkalan data dan data sesi.
Mod Reka Bentuk Responsif
Uji laman pada peranti emulasi dalam pelayar anda.
Suntingan Visual
Tala halus animasi, penjajaran dan penebalan.
Prestasi
Nyahsekat kesesakan, perkemaskan proses, optimumkan aset.
Memori
Cari kebocoran memori dan jadikan aplikasi anda pantas.
Editor Gaya
Edit dan uruskan semua lembaran gaya CSS dalam pelayar anda.
Bersuaralah
Maklum balas menjadikan kami lebih baik. Beritahu kami cara untuk meningkatkan pelayar dan alatan Pembangun.
Libatkan diri
Bantu dalam membina pelayar bebas yang terakhir. Tulis kod, perbaiki pepijat, buat tambahan dan banyak lagi.